Isnin, 2009 November 09

Ketuanan – Aparteid Dan Kita


Aparteid adalah bahasa Afrika yang membawa makna penyisihan. Kalau di Afrika Selatan ianya merujok – pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit putih. Dasar ini telah dimuncolkan olih Hendrik Frensch Verwoerd.

Lahanat yang bernama Hendrik Frensch Verwoerd ini ialah Perdana Menteri Afrika Selatan yang ke tujoh – pada zaman pemerintahannya telah dilaksanakan secara berleluasa dasar Aparteid ini. Lahanat ini adalah arkitek yang merekabentok dasar ketuanan kaum kulit putih.

Dalam dasar Aparteid - kaum bukan kulit putih yaitu kaum kulit hitam dianggap lebih rendah martabatnya jika dibandingkan dengan kaum kulit putih. Kaum kulit hitam dipandang hina lalu kaum kulit hitam mendapat layanan yang burok dalam percaturan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Di Afrika – kaum kulit hitam adalah pendudok terbanyak – dalam istilah yang lebih intelek dan mengada-ngada dipanggil majoriti.

Layanan burok ini pula dalam istilah yang kelihatan lebih intelek dan mengada-ngada dipanggil diskriminasi. Lebih tepat lagi dipanggil diskriminasi perkauman. Semasa pemerintahan Hendrik Frensch Verwoerd – semua bentok diskriminasi perkauman yaitu penindasan kaum kulit putih ke atas kaum kulit hitam adalah sah dari segi undang-undang.

Kaum kulit putih telah menggunakan undang-undang yang berat sebelah ini untok terus menindas dan menafikan hak kaum kulit hitam. Kaum kulit putih menggunakan undang-undang untok meneruskan kekuasaan mereka ke atas pendudok asal tanah Afrika yaitu kaum kulit hitam.

Di bawah dasar ketuanan kaum kulit putih ini – perasaan perkauman yang dahsyat telah dibenarkan untok bersarang di dalam batang tuboh kaum kulit putih lalu berkembang ke dalam semua segi kehidupan. Sebagai contoh – perkahwinan diantara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam adalah dilarang sama sekali.

Bagitu juga dengan kawasan – ada kawasan yang hanya dikhaskan untok kaum kulit putih sahaja. Ayah saya pernah membuka kesah di Afrika ini ada kawasan yang tidak bolih dilalui olih anjing dan kaum kulit hitam. Ini memberikan kita tanda dan makna secara sinis – kaum kulit hitam disamatarafkan dengan anjing.

Bagitu juga dengan pekerjaan – ada pekerjaan yang dikhaskan untok kaum kulit putih sahaja. Maka segala kerja mudah senang dan menguntongkan akan diberikan kepada kaum kulit putih. Pekerjaan yang berat – kuli – memerlukan tenaga yang banyak – kasar dan hina adalah hak milek kaum kulit hitam.

Sampai di suatu tahap – kaum kulit hitam ini telah dipindahkan ke beberapa buah negara yang digelar ‘Bantustan’ supaya mereka hilang hak untok mengundi dan hak kerakyatan yang lainnya. Tindak tandok kaum kulit putih di Afrika ini jelas telah mencabuli prinsip prinsip hak asasi manusia.

Akhirnya dasar ini telah dimansohkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi Ketua Negara kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Tetapi kesan dasar Aparteid ini maseh bolih dilihat. Jurang pendapatan antara kaum kulit hitam dan putih sangat ketara. Tetapi kesannya sampai sekarang pendudok kulit hitam ramai yang miskin dan merempat.

Inilah dasar ketuanan kaum kulit putih – sangat jelas. Kaum kulit putih menjadi tuan dan kaum kulit hitam menjadi hamba abdi.

Sabenarnya kita wajib berhati-hati. Walaupun jarak antara negara kita ini dengan bumi Afrika adalah sangat jauh tetapi itu tidak bermakna kita tidak menerima tempias dasar Aparteid ini. Sabenarnya kita wajib sedar bahawa dasar aparteid ini sedang menyelinap di setiap pelusok negara.

Ketika saya menjejakkan kaki ke dunia alaf baru atau lebih intelek dan megada-ngada dipanggil zaman millenium – ketika itu saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Saya hanya tercokoh di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja. Ibu saya yang bosan dan meluat melihat saya menjadi hantu katil telah menganjurkan satu pandangan agar saya melamar kerja. Lalu saya bersetuju. Rasa saya ini adalah satu pandangan yang sangat baik. Saya wajib menerimanya.

Lalu saya melamar kerja. Disebabkan saya melamar kerja agak lewat – beberapa bulan selepas peperiksaan tamat – tidak ada lagi kerja kosong. Apa yang saya pelajari selama sebelas tahun di alam persekolahan tidak memungkinkan saya untok mendapatkan kerja. Lalu saya gagal. Pernah saya terfikir untok balik ke kampong nenek untok bekerja di ladang kelapa sawit.

Suatu hari saya mendengar cherita sebuah gedong memerlukan pekerja. Saya tidak melengahkan masa lalu melamar kerja. Saya terseringai senyum. Saya diterima bekerja – di sebuah gedong bersebelahan dengan pasar di tengah tengah bandar Kuantan.

Saya ditugaskan untok memburoh di stor. Tugasan saya mengambil barangan dari lori dan menurunkannya ke stor lalu menyusun supaya mudah diambil. Saya juga ditugaskan untok mengangkat bertimbun timbun guni beras diatas kereta sorong untok diletakkan di hadapan gedong.

Saya telah membuat andaian kerja yang saya lakukan itu adalah kerja yang berat. Mengangkot beras – mengangkat tin – menggendong berguni buah. Saya telah melihat semua pekerja stor yang bekerja berat ini adalah dari kaum Melayu dan India. Tidak ada saorang pun kaum Cina yang memburoh di bahagian stor. Lalu saya terfikir alangkah cerdiknya bangsa Cina ini – tiada yang bekerja kuli di gedong. Pasti mereka mempunyai berjela jela ijazah dari luar negara.

Suatu waktu ketika habis waktu bekerja – saya telah menjalar ke bahagian atas gedong. Bahagian atas adalah tempat menjual pakaian dan alat tulis. Saya telah terperanjat apabila melihat bagitu ramai pekerja-pekerja bangsa Cina yang memburoh di bahagian atas. Ada yang sedang melipat baju. Ada yang sedang mengira duit di kaunter. Ada yang sedang menyusun alat tulis. Kerja paling berat - menggendong beberapa botol susu bayi untok di susun.

Lihat bagaimana dasar ini sedang menyelinap masok. Tokei gedong ini berbangsa Cina. Olih kerana dia berbangsa Cina dan gedong ini dia yang punya – dia telah menyusun atur ketuanan Cina di dalam gedongnya ini dengan bagitu tersusun. Sama saperti saya menyusun saiz guni beras di rak gedong. Lihat bagaimana tokei gedong berbangsa Cina ini menggunakan dasar Aparteid yang ditentang pulohan tahun olih warga Afrika untok menjalan perniagaan.

Saya tertanya-tanya – adakah buroh berbangsa Cina di dalam gedong ini mempunyai ijazah dari University Wellington di New Zealand? Kalau buroh berbangsa Cina ini ada ijazah – tidak mungkin kerjanya menyusun botol susu bayi. Poodah!! Ini ketuanan kepala bana. Ini dasar Aparteid yang wajib kita tinju agar ianya tergolek jatoh. Macam Muhammad Ali tinju kepala Joe Frazier.

Cuba bayangkan jika tokei gedong ini menjadi yang berhurmat – rasa saya sudah pasti segala kontrek membuat longkang di sekitar Jalan Wong Ah Jang dan Jalan Gambang akan masok ke dalam poket neneknya. Cuba bayangkan jika tokei gedong ini jadi menteri – tak payah cherita – tunggang langgang negara ini.

Suatu petang hujong minggu – saya berligar ligar di tengah kota mencari entah apa-apa. Lalu saya tercokoh di hadapan sebuah kedai gunting rambot Yee Soon di nombor 37 Jalan Besar. Sedang saya tercokoh – saya telah melihat satu papan tanda yang bertulis ‘awas pengemis’.

Lihat – bagaimana dasar aparteid ini terus menjalar di dalam negara. Dasar ketuanan orang kaya terus diangkat menjadi satu ajenda yang penting. Dasar penghinaan dan memperlekehkan orang-orang yang tiada kuasa – tiada nama – miskin – papa kedana terus menjadi nilai yang penting untok dipegang.

Rasa saya papan tanda ni adalah satu penghinaan kepada saya. Walaupun saya bukan pengemis – tetapi sebagai warga yang hidop di bumi manusia kita adalah anak semua bangsa. Kenapa harus menjadikan pengemis sebagai musoh? Kenapa harus menjadikan pengemis sebagai satu ancaman? Kenapa kita perlu melihat pengemis sebagai satu yang merbahaya?

Semenjak saya hidop saya belom pernah dirampok olih pengemis. Saya belom pernah membaca di akhbar pengemis telah mencuri balak hingga satu negeri banjir akibat hakisan. Saya belom mendengar berita bahawa pengemis telah mencuri saham di Bursa Saham Kuala Lumpor. Saya juga belom pernah melihat bagaimana pengemis telah menggelapkan dana awam untok membeli banglo di Bukit Istana.

Ini adalah dasar ketuanan. Dasar ketuanan akan mencari hamba. Kaum kulit putih mencari kaum kulit hitam untok dijadikan sebagai hamba. Ketuanan Cina di gedong akan mencari hamba dikalangan buroh Melayu dan India. Ketuanan Melayu – tak payah cerita. Stadium runtoh - jambatan runtoh - parlimen bocor - MRR2 retak. Ketuanan India - sila cari Samy Vellu dan tanya. Jangan tanya Uncle Goby Padang Serai - dia tak tahu.

Nilai yang kita pegang ini telah menyebabkan kita mengundor berpuloh tahon kebelakang. Taraf kita adalah sama dengan kaum kulit putih ketika arwah Hendrik Frensch Verwoerd maseh hidop dan dipuncak kuasa. Terfikirkah kita betapa mundornya kehidupon bertuhankan ketuanan?

Sabtu, 2009 November 07

Mengimbau Kembali Dan Kembali Mengimbau

Sempena Seminar PAS yang telah berlangsong
Sempena menghurmati pandangan Saudara Abdul Aziz Bari (UIA)
Sempena menghurmati pandangan Saudara Abu Hassan Hasbullah (UM)

Sempena menghurmati saya yang tidak hadhir dan tidak diberi peluang menibai Hadi Awang
Sempena kerinduan saya yang amat sangat terhadap Hassan Ali

Maka saya titipkan tulisan - tulisan yang pernah saya tulis - yang mempunyai hubung kait dengan Seminar PAS ini :

Kerajaan Perpaduan Kepala Bana - Bahagian Satu
Kerajaan Perpaduan Kepala Bana - Bahagian Dua
Kerajaan Perpaduan Kepala Bana - Bahagian Tiga

Selamat Membaca
Buatlah Apa Saja Asalkan Yang Baek

Terima Kaseh Daun Keladi

Khamis, 2009 November 05

Tapi Itu Lama Dahulu

Tapi itu lama dahulu. Ketika itu aku maseh kecil. Nenek maseh kelihatan gagah. Ketika itu datok maseh kelihatan berkuderat. Dunia maseh belom bagitu canggih. Tetapi pelita sudah jarang kelihatan. Lampu minyak tanah sudah menjadi perhiasan.

Lampu kalimatang sudah mengambil tempat. Tetapi aku kira itu adalah zaman emas. Zaman yang tidak bolih mengundur lagi. Zaman yang tidak bolih dikembalikan. Aku kira zaman itu zaman kegembiraan. Zaman yang sudah dimakan waktu – tapi itu lama dahulu.

Tapi itu lama dahulu. Semuanya kelihatan indah. Menikmati suasana kampong. Menikmati keaslian budaya. Menikmati jering. Menikmati petai. Menikmati gulai tempoyak. Menikmati ikan sungai. Menikmati gades berkain batek menikmati pemuda kampong menggalang sabit. Menikmati kelapa sawit yang menjadi metafora kehidupan peneroka. Tapi itu lama dahulu.

Meleser di tepi ladang mencari biji sawit yang lerai dari buahnya untok dijual. Mencantas pelepah kelapa sawit dibuat joran. Menjalar di tepi sungai mandi – memancing dan menjala. Berdayong di dalam kolam mengumpol bayam. Mengutip kulat untok dimasak dan dimakan. Menggohet basikal keliling kampong untok mencari entah apa apa. Menolong datok dan nenek membuka warong. Tetapi itu – sudah lama dahulu.

Rumah kampong kepunyaan datok dan nenek berhampiran surau. Setiap pagi bedok akan berbunyi – tanda suboh telah sampai. Hari baru bermula. Harapan baru untok peneroka. Harapan baru untok penjual kueh. Harapan baru untok penjaja warong. Harapan baru untok pencari rezeki.

Pagi-pagi lagi aku mengikut nenek berjalan ke surau. Sejok sampai ke tulang – menggigil. Nenek membelikan aku sehelai jeket – sehelai ‘jeket bundle’ di pasar malam untok melindungi cucu kesayangan dari digigit embon pagi.

Rasa aku itulah saat yang paling romantis dalam dunia ini. Kami berpegang tangan tanda ikatan mesra – berjalan merentasi kabos pagi. Adakala sambil berjalan dalam kesejokkan itu aku melentokkan kepala ke pinggang nenek. Tapi itu lama dahulu.

Sesampainya di surau – surau ini surau kecil. Hanya bolih menampong beberapa puloh jemaah sahaja. Yang hadhir hanya manusia yang bertaraf datok dan nenek juga anak anak kecil. Kami anak anak kecil – telah berjanji selepas isyak malam sabelum suboh sampai untok sama sama mengadap Yang Maha Esa.

Pertalian kami – jemaah surau sunggoh rapat dan erat. Tiada beza jiran tetangga. Tiada beza tua dan muda. Tiada beza antara kita dan bukan kita. Kami berjemaah memohon ampun kepada Yang Maha Esa. Kami berjemaah memohon rahmat kepada Yang Maha Esa. Memohon seribu satu permintaan kepada Yang Maha Esa – agar dikabolkan.

Bagi aku yang maseh kecil – aku tidak meminta banyak – aku tidak meminta intan berlian emas permata. Aku hanya memohon zaman kegembiraan aku bersama datok dan nenek ini akan berterusan untok seribu tahon lagi. Aku memohon agar dipanjangkan usia agar kebahagian kami akan berkekalan.

Selesai mengadap Yang Maha Esa – jemaah mula membuka pot di beranda surau. Mengasap keretek sambil menghirop kopi pagi. Lalu yang tua membuka kesah mengenai itu dan ini. Lalu anak anak kecil saperti aku hanya mendengar sambil melopong. Tapi itu lama dahulu.

Di rumah – kami memiliki sabuah radio. Dengan radio ini aku berhibur siang dan malam. Dengan radio ini aku mula mengerti enaknya sebuah lagu Melayu. Rumah ini berada di bawah bukit – untok mendapatkan siaran radio adalah agak susah. Lalu datok memasang wayar elektrik pada radio dan menambat wayar elektrik ini di tempat tinggi. Radio ini selalu kehabisan bateri. Tetapi dunia waktu itu maseh indah walaupun radio ini tidak lagi bernyawa . Tapi itu lama dahulu.

Kampong ini mempunyai struktur binaan rumah yang hampir sama. Jamban terperosok jauh dibelakang rumah. Bagi kanak-kanak saperti aku – untuk membuang air di waktu malam menjadi satu igauan ngeri. Nenek menjadi penyelamat. Membawa lampu suloh memimpin tangan untuk ke pelosok belakang rumah. Lihat betapa indahnya zaman ini. Tetapi itu lama dahulu.

Tapi itu lama dahulu cukop meninggalkan kesan yang mendalam. Tapi itu lama dahulu kini sudah jauh aku tinggalkan. Tapi itu lama dahulu mungkin beranggapan – aku sudah terlalu angkoh dan sombong untok didekati.

Kenangan tapi itu lama dahulu maseh kekal dalam ingatan. Kenangan tapi itu lama dahulu ini terus kekal dijadikan kenang kenangan dan tanda kaseh dan sayang. Kenangan tapi itu lama dahulu ini adalah tanda setia aku kepada adat dan budaya. Kenangan tapi itu lama dahulu ini memberi seribu makna dalam kehidupan. Tetapi ianya tetap tapi itu lama dahulu.

Rabu, 2009 November 04

Bantu Kawan Yang Sedang Sakit Bukan Tolong Kawan Yang Cari Penyakit - Sila Jangan Burok Sangka


Mamat ini bernama Ahmad Khariri Al Hadi
Dia ini kawan saya
Kami berkenalan di dalam suatu majelis kira-kira setahon dahulu

Mamat ini bernama Ahmad Khariri Al Hadi
Dia ini adalah penderma hati kepada saorang anak kecil bernama Yohit
Anak kecil bernama Yohit ini apabila dilahirkan mengalami penyakit hati

Mamat ini bernama Ahmad Khariri Al Hadi
Hatinya telah didermakan kepada anak kecil yang memerlukan
Walaupun akhirnya anak kecil itu telah pergi menemui Yang Maha Esa

Mamat ini bernama Ahmad Khariri Al Hadi
Bukan senang mencari saorang insan bagini
Sanggop sedekahkan hati sendiri kepada yang memerlukan
Mungkin satu dalam sejuta
Mungkin satu dalam dua puloh enam juta

Kini - Mamat yang bernama Ahmad Khariri Al Hadi sedang sakit
Kesakitan ini muncol akibat masalah hatinya yang dibedah dan tidak sempurna satelah didermakan kepada anak kecil
Kesakitan ini muncol dari kerja kerja murni
Kesakitan ini muncol satelah berkorban untok anak kecil

Mamat ini bernama Ahmad Khariri Al Hadi
Mamat ini akan menjalani pembedahan pada 10.11.2009 di HUKM
Kos pembedahan mencecah RM12 ribu
Sesiapa yang berhati mulia bolihlah membantu dengan menderma ke 162106646530 (maybank) no telipon - 0176351057
Sesiapa yang berhati mulia bolihlah memohon doa kepada Yang Maha Esa agar kesejahteraan menjadi mileknya.

Hidop Di Atas Bumi Manusia - Kita Adalah Anak Semua Bangsa
Hidop ini untok kita berbuat baek - bukan untok tunjok baek
Buatlah apa saja asalkan yang baek

Selasa, 2009 November 03

Bantu Kawan Di Tepi Laut Bukan Batu Kawan Di Pulau Pinang - Sila Jangan Burok Sangka




Dia ini kawan lama ketika di sekolah
Dia ini kawan yang lama terpisah
Sekarang - dia memburoh di tepi laut
Membuat ukiran pasir di dalam botol

Hasil kerjanya sangat cun
Hasil kerjanya sangat gerek
Hasil kerjanya sangat seni

Sesiapa yang maseh ada ibu - bolih dibuat cenderamata dari saorang anak
Sesiapa yang maseh ada ayah - bolih dibuat satu pemberian tanda ingatan
Sesiapa yang maseh ada nenek - bolih dibuat cenderahati tanda kenang kenangan
Sesiapa yang maseh ada datok - bolih dibuat hadiah penyenang hati

Sesiapa yang maseh ada suami - bolih dibuat tanda kaseh dan sayang
Sesiapa yang maseh ada isteri - untong untong bolih pujok untok pasang dua
Sesiapa yang maseh ada awek - bolih dibuat satu pemberian jiwa
Sesiapa yang maseh solo - jangan jadi bodoh - cepat beli dan cari awek

Mail Pasir - bolih dihubungi di talian 017-443 9175/013-994 4902
Dia berniaga di pinggir Laut China Selatan - Telok Chempedak - Kuantan - Pahang

Perhatian : Peniaga - Penjaja Tempatan wajib kita bantu. Tolong jangan sebok dengan Tesco dan Giant.

Isnin, 2009 November 02

Kecor Liur - Bahagian Satu


















Satar – Otak-Otak – Keropok Lekor Dari Kemaman


Hari itu sabtu. Sabtu yang baek. Menunggu kedatangan kawan lama dari Pasir Gudang – Johor Bahru. Dia telah berjanji untok datang ke kawasan saya menetap. Tujuan utama untok menghadiri majelis perkahwinan kawan kepada isterinya.

Kebetulan kawan kepada isterinya adalah kenalan saya ketika di sekolah menengah. Saya hanya menyedari ketika di sapa olih pengantin perempuan ketika mula-mula sampai. Rasa saya ini kali kedua perkara ini berlaku. Dua tahun dahulu ketika saya menemani saorang kawan ke majelis perkahwinan di Bukit Mertajam – saya terserempak dengan pengantin perempuan – juga kawan ketika saya menuntut di sekolah menengah.

Kawan saya ini sampai ketika matahari tegak berdiri. Dia mengambil saya dirumah – lalu kami pun bergerak.

Selesai makan – selesai mengadap pengantin – selesai jamu telinga dengan karaoke – kami bergerak pulang. Memandangkan siang maseh muda – memandangkan kami juga anak muda - kawan saya ini menganjurkan satu pandangan agar kami bergerak ke Terengganu untok merasai makanan Pantai Timur. Rasa saya ini satu pandangan yang cukop baik. Lantas saya menganggok tanda setuju.

Lalu kami bergerak. Kami memasang impian untok ke Kuala Terengganu mencari ikan – memandangkan kawan saya ini ingin pulang ke Johor Bahru malam ini juga – niat kami terpaksa dibatalkan. Kami hanya mencari daerah yang paling awal untok dilintasi - lalu kami melintasi daerah Kemaman.

Terengganu – sabuah negeri yang terkenal dengan hasil laut. Kedudukan yang terletak di pinggir Laut China Selatan telah memuncolkan kegiatan ekonomi berasaskan perikanan dan hasil laut. Kedudukan yang amat baik ini telah memuncolkan perkampongan nelayan.

Kali pertama saya melintasi Kemaman ketika di derejah dua kira kira lapan belas tahon dahulu. Perjalanan melalui Pelabuhan Kuantan cukop enak. Menelusuri jalan laut merentasi Pantai Batu Hitam – Pantai Balok – Pantai Cherating – Tanjong Jara – Kuala Terengganu. Menikmati perkampongan nelayan. Menikmati gades berkain batek ditiup angin. Jauh dari sesak mesak kota.

Di gigi pantai antara pertemuan Pahang – Terengganu ini bagitu banyak chalet atau hotel atau rumah tumpangan. Saya tidak pernah masok semua cabang dan lubang. Hanya mempunyai sedikit keberanian untok cuba meredah kawasan-kawasan yang terkenal sahaja. Pantainya maseh enak. Kelapanya maseh liuk lentok. Gades-gades kampong cukop manes. Berok-berok maseh setia di kaki pokok kelapa.

Di sini - kebanyakan makanan yang dibuat adalah berasaskan ikan. Kami cuba mencari warong yang menyediakan makanan laut. Lalu kami berhenti di sabuah warong – Aziz Satar. Ketika mula-mula melihat papan tanda warong ini saya telah terperanjat. Saya fikir pastilah kedai ini kepunyaan Aziz Satar – pelakon lama. Ternyata tanggapan saya jauh meleset.

Satar

Lalu kami menempah satar. Sila jangan burok sangka. Satar tiada kena mengena dengan pelakon lama Aziz Satar. Satar adalah sejenis makanan yang diperbuat dari ikan. Di Terengganu - satar merupakan satu makanan yang sangat istimewa. Ia adalah campuran antara ikan tumbok yaitu ikan tenggiri yang telah dibuang tulang dan kulit - lada - halia. Ikan tumbok – halia - lada ini kemudian dibalut dalam daun pisang dan dibentok segi tiga saperti piramid. Setiap satu satar ini akan dicocok saperti sate gergasi dengan batang buluh lalu dipanggang atas bara api.

Satar di warong Aziz Satar ini cukop enak. Makan ketika satar panas baru diangkat dari jemuran bara api panggang betol-betol bolih naik ‘sheikh’. Rasa betol-betol asli. Sepinggan lenyap.

Otak – Otak

Saya juga sempat membedal otak – otak. Semenjak saya hidop saya belom pernah menjamah otak otak Terengganu. Ketika menetap dan memburoh di Johor Bahru – saya gilakan otak-otak gelang patah dan otak-otak kempas. Isinya merah. Bolih dijumpai di warong-warong sekitar Johor Bahru.

Bila melihat otak-otak di warong ini – saya betol-betol teringatkan betapa enaknya otak-otak gelang patah. Lalu saya meneka lagi – pasti otak-otak ini adalah otak-otak yang sama saperti otak-otak gelang patah. Sekali lagi tanggapan saya meleset. Otak-otak Terengganu tidak sama – lain sama sekali.

Otak-otak adalah sejenis makanan berasaskan ikan berempah. Ikan tenggiri adalah menjadi pilihan utama untok dibuat otak-otak dengan menanggalkan isi dan tulangnya. Ikan tenggiri ini akan digaulkan dengan rempah termasoklah lada – bawang putih – kunyit – serai – santan. Campuran ini kemudiannya dibungkus dalam daun kelapa – dibakar atau dikukus.

Saya juga mendapat tahu bahawa ada otak-otak yang dibuat dari udang. Bentoknya juga pelbagai. Selain itu – ada juga otak otak yang dibuat dari sotong – kepala ikan dan juga ayam. Tekak saya maseh belom dilintasi olih otak-otak selain ikan.

Otak otak warong Aziz ini ‘tip top’. Sepinggan lagi lenyap.

Keropok Lekor

Sampai di Terengganu kalau tak pekena keropok lekor macam pergi Mesir tak jumpa piramid. Macam pergi China tak jumpa Tembok Besar. Macam pergi India tak ziarah Taj mahal. Macam pergi Bangkok tak singgah Pat Pong. Perkara wajib mencari keropok lekor.

Sabenarnya tak susah mencari keropok lekor. Pinggir kiri kanan jalan dipenohi dengan peniaga menjual keropok lekor. Kawan saya mencari keropok losong. Apa beza keropok lekor dengan keropok losong?

Keropok losong adalah jenis yang sama dengan keropok lekor. Tetapi ianya di buat di Kampong Losong. Disebabkan itu dipanggil keropok losong.

Saya mendengar mitos mengatakan keropok lekor dari Kampong Losong ini betol betol enak. Saya mengatakan ianya satu mitos kerana tekak saya maseh belom dilintasi dengan keropok losong ini. Dengar cherita kalau makan naik ‘sheikh’ sampai ke kepala bana. Saya berligar-ligar mencari keropok lekor losong ini tetapi gagal. Lalu hanya singgah untok menikmati keropok lekor di pinggir jalan.

Keropok lekor dibuat dari ikan tamban atau selayang. Mengikut cherita dari emak saya – keropok lekor ikan tamban paling enak. Isi ikan tamban akan dicamporkan dengan tepong - sagu dan sedikit garam. Campuran ikan tamban – tepong – sagu – garam ini akan diuli dan digentel panjang bertali dan direbus di dalam ayer panas. Kerana ianya berasaskan ikan maka kandungan protinnya sangat tinggi.

Makan keropok lekor wajib ada ayer lada. Makan keropok lekor tanpa ayer lada sama saperti ada telipon tapi tak ada kredit. Macam ada kereta tapi tak ada minyak. Ayer lada dalam ‘bahasa mengada-ngada’ dipanggil sos. Ayer lada Terengganu ini sangat berbeza dengan ayer lada yang dijual di kedai-kedai ‘urban’ saperti Tesco – Hugo – Giant. Ayer lada ini lebih cair dan enak.

Selesai menjamu selera di Warong Aziz Satar. Selesai meleser di warong di pinggir jalan. Matahari makin mengundor. Hari semakin gelap. Kami wajib pulang. Kawan saya ini perlu pulang ke Johor Bahru malam ini juga. Sabelum kami betol-betol mengundur – kami singgah di Pantai Cherating untok mencari suasana damai sabelom kembali ke kota yang panas terik tanpa angin laut.

Dalam perjalanan pulang – saya mula memasang impian untok memecahkan mitos keropok losong. Saya berjanji untok sampai ke Kampong Losong di Terengganu di suatu masa dan memastikan keropok losong ini melintasi anak tekak saya agar mitos keenakan keropok losong ini berderai. Jika keropok losong ini betol betol enak - saya akan memastikan salah saorang gades manes di Kampong Losong itu akan saya kahwini agar mudah untok saya balik ke kampong di waktu cuti untok menikmati keropoknya.

Perhatian : Kecor Liur adalah satu bentok tulisan yang akan - sedang - telah lari dari hirok pikok politik dan masalah sosial dalam negara ini. Kecor Liur berjanji untok tidak akan mengaitkan Hadi Awang atau Lim Kit Siang dalam Kecor liur ini dan hanya akan diterbitkan di setiap awal bulan. DJK akan cuba mengembangbiakkan cherita mengenai apa sahaja yang melintasi anak tekak.

Jumaat, 2009 Oktober 30

Sebuah Lukisan Dinding


Kepada saudari yang baek - yang membantu saya memburoh mengecat dinding.

Sedarilah saudari bahawa di rumah flat lima tingkat yang tinggi menawan dan tertawan ini t'lah tinggal saorang jejaka bukan saekor unta yang sedang merindukan saudari.

Sedarilah saudari bahawa di rumah flat lima tingkat yang tinggi menawan dan tertawan ini t'lah tinggal saorang anak muda bukan saekor kibas yang sedang mengingati saudari.

Sedarilah saudari bahawa di rumah flat lima tingkat yang tinggi menawan dan tertawan ini t'lah tinggal saorang pencuri hati bukan saekor katak yang sedang jatoh hati terhadap saudari.

Lukisan di dinding ini hasil tangan kita berdua.
Moga ia menjadi lajenda dan dikenang untok seribu tahon lagi.
Moga ia akan menjadi masyhur semasyhur mural ciptaan saorang Picasso.

Kepada saudari yang baek yang t'lah mencuri jiwairama ini - selamat malam dan buatlah apa saja asalkan yang baek.