Minggu lalu sedang dalam perjalanan - saya telah mendengar iklan di stesen radio mengenai kempen membawa bakol/beg sendiri ketika membeli-belah. Ajenda utama ialah untok mengurangkan penggunaan plastik di muka bumi ini.
Rasa saya ini satu kempen yang sangat baek. Kempen ini lebih baek dari kempen menyertai Rakan Muda untok anak-anak muda. Kempen ini lebih bermanfaat dari mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Plastik adalah sejenis bahan yang sukar untok dilupuskan. Plastik juga adalah satu bahan yang sukar untok dimusnahkan.
Bayangkan berapa banyak gedong-gedong membeli belah yang berada di kota sekeliling kita? Bayangkan berapa ramai dari warga yang akan membeli belah setiap hari? Dan bayangkan berapa banyak plastik digunakan untok menggendong barang-barang yang dibeli?
Rasa saya jika dikumpol dan diikat plastik-plastik ini mungkin panjangnya sudah sampai ke Jeju Island setidak-tidaknya sampai ke Cebu Island.
Kemana perginya plastik-plastik ini selepas tugas menggendong barang-barang yang dibeli di gedong-gedong ini selesai? Adakah plastik-plastik ini akan dipulangkan kembali ke gedong membeli-belah untok diguna semula?
Plastik-plastik ini akan menyambong hayatnya di dalam bakol sampah. Plastik-plastik ini akan dibuang dan tidak dipedulikan. Plastik-plastik inilah t'lah menjadi penyebok di dalam negara kita. Plastik-plastik ini akan menjadi semak dan samun.
Plastik-plastik ini kemudian akan dikumpolkan dan akan cuba dimusnahkan. Tetapi akhirnya kita akan menjumpai plastik-plastik ini tersidai dan terselit di dalam longkang, sungai dan laut.
Sabenarnya jika kita menguruskan plastik-plastik ini dengan baek - sungai dan laut akan dipenuhi olih ikan kerang dan sotong. Tidak perlu disediakan tanah berekar-ekar hanya bertujuan untok menjadi tempat pelupusan plastik-plastik ini.
Tanah dan kawasan ini jika dibuat rumah untok warga akan kelihatan lebih berfaedah. Tanah dan kawasan berekar-ekar ini kalau dibuat padang dan taman permainan untok kanak-kanak dan anak-anak muda akan kelihatan lebih baik dari kerja tolol - tanah dijadikan tempat menanam plastik.
Menanam plastik di dalam tanah tidak mendatangkan hasil. Jika ditanam benih jagong - akan tumboh jagung. Jika ditanam sayur - akan tumbuhnya sayur. Jagung dan sayur bolih dimakan. Plastik kalau dimakan kita akan mati tercekik.
Justeru - adalah menjadi kewajiban kepada kerajaan dan orang ramai untuk teros berkempen memberi kesedaran kepada warga yang maseh belom sedar. Adalah menjadi kewajiban kepada semua warga untok membawa sendiri bakol/beg ketika membeli belah.
Bumi ini adalah milek kita bersama. Bumi ini adalah tempat untok kita cari makan. Bumi ini tempat kita sama-sama berkongsi menyedut oksijen.
Sebagai manusia yang dapat bumi ini secara percuma kita wajib terus menjaga dunia ini supaya jenerasi kita yang seterusnya dapat terus melihat matahari, mengira bintang, melastik anjing dan melihat burong pipit terbang ke sarang.
Jangan jadi bodoh dengan memakai baju mandi dengan plastik. Nanti kena terajang.

2 comments:
Uih gambar tu buat aku hairan la!
Entri ni betul lah. Tapi bila aku nak mula praktikkannya aku tak tahu. InsyaAllah nanti.
baju mandi plastik...?
ermm... (thinking..)
Catat Ulasan