Khamis, 25 Ogos 2011

Hari Ke 25 Puasa


Raya lagi 5 hari
Yang bekerja di Kelantan dan Terengganu sudah bercuti
Aku - malam ini masih memburuh

Hati hati di jalan raya
Kita wajib tahu yang gugur dijalanraya Malaysia lebih ramai dari yang gugur di Kota Tikrit dan Fallujah
Lebih ramai yang mati di jalanraya Malaysia dari yang kena bedil di Gaza

Jangan jadi bodoh
Siratulmustakim itu bermakna jalan yang lurus
Kalau mati di jalan yang lurus siratulmustakim masuk syurga
Mati di jalan yang lurus lebuhraya Utara Selatan belum tentu masuk syurga
Walaupun jalannya lurus juga

Ingatan Dari Rock Kapak

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuh raya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuh raya ini
Melihat pusara diam menyepi
(Ekamatra, 1990)

Ambil lagu ini sebagai peringatan
Agar kita berhati hati dijalanraya
Jangan jadikan jalanraya sebagai pengakhiran hidup kita

Jangan cuba membeli masa
Kerana masa sentiasa bergerak meninggalkan kita

0 comments:

Catat Ulasan