Isnin, 22 Ogos 2011

Hari Ke Dua Puluh Satu Puasa

Tadi aku ke pinggir pasar
Melamar popia
Nasib sedikit malang - makcik pembuat keria paling ampuh dalam kampung bercuti
Aku malas masuk ke dalam perut pasar
Berahi ke param sudah hilang

Baru selesai memasak
Ikan kerisi masak pedas
Aku lihat dalam perut peti tidak ada apa lagi
Nasib baik dalam almari masih ada Meggi
Sahur aku meggi

Cuaca panas sebelah pagi
Petang mencung dan sedikit hujan
Raya lagi 8 hari

0 comments:

Catat Ulasan