Aku membaca laporan berita
Maaf bukan Berita Harian atau Utusan Malaysia
Dua surat khabar ini hanya layak dibuat bungkus nasi lemak
Dua surat khabar ini hanya laporan bodek
Tak ada kontradiksi maka tidak terhasil sesuatu yang baru
Untuk meningkatkan daya fikrah warga
Maka jualannya semakin merosot
Melalui berita yang aku baca
24 orang telah wafat
Setelah 4 hari Ops Sikap dikuatkuasakan
Berita ini cukup sedih dan pilu
Gembira untuk sambut raya berakhir dengan pusara di lebuh raya
Jangan jadikan kota kita
Lebih buruk dari Jerusalem
Lebih buruk dari Tikrit
Lebih buruk dari Kabul
Lebuh buruk dari Islamabad
Raya lagi 2 atau 3 hari
Hati hati di jalan raya
Jangan mendahului masa
Jangan membeli masa
Kerana masa sentiasa meninggalkan kita
Selamat hari raya.
Selamat hari raya.

0 comments:
Catat Ulasan