Khamis, 18 Ogos 2011

Hari Ke Lapan Belas Puasa


Hari ini nasib tak lumayan
Sel basah 'Beruang Hitam' aku 'kong'
Aku terpaksa guna kereta lain untuk ke pasar
Kerana lambat - aku gagal melamar keria dan popia pedas

Tak sampai dua minggu lagi raya akan sampai
Param mula lengang
Tak macam minggu pertama
Aku tak tahu ke mana warga kampung ini pergi
Atau mereka sudah mula menikmati air tangan sendiri

Membuat lebih indah dari membeli
Membuat adalah tanda kita raikan demokrasi
Masam masin manis pahit kita yang tentukan sendiri
Demokrasi bermula dari dalam kuali
Dan pilihanraya dibuat di atas meja makan

Raya lagi 12 hari
Stesen radio bodoh
Lambat pasang lagu raya
Lagu awan nano nak buat apa
Lepas raya pun boleh dengar


0 comments:

Catat Ulasan