Rabu, 17 Ogos 2011

Hari Ke Tujuh Belas Puasa


Hari ini cuti
Maka aku cuti segala galanyanya
Hanya berlingkar di katil dan membaca
Setelah petang baru pintu dunia aku buka

Cuaca mendung dari pagi sampai ke petang
Hujan tak datang datang
Orang berniaga di warung pasti senang hati

Aku masak sotong pedas
Di pasar aku melamar keria - soya dan tembikai
Semalam seorang minah cun hadiahkan aku popia pedas
Popia pedas emaknya buatan nombor satu di kampung ini
Jadi hari ini aku tak perlu sibuk mencari popia pedas

Aku berkenalan dengan Pakcik Carlos
Penjual mercun yang berani

Raya lagi 13 hari
Selamat membuat kebaikan

0 comments:

Catat Ulasan