Ahad, 25 September 2011

Di Tepi Padang Bola

Aku meleser ke dalam perut bandar
Aku parkir kereta jauh di pinggir
Supaya aku dapat berjalan dan menggeledah semua celah celah kaki tiga kedai
Tujuan aku satu - mencari buku
Ya!!! Mencari buku

Sebenarnya dari semalam aku mencari buku
Tapi tak jumpa jumpa
Hari ini aku cuba lagi
Tak jumpa jumpa

Baru aku sedar di Kuantan ini tidak seperti Kuala Lumpur
Yang tepat di Kuantan bukan seperti di Jakarta
Yang menjadi syurga buku

Lalu aku terpikir
Kuala Lumpur berselirat kedai buku maka politiknya hidup
Jakarta berseludat dengan kedai buku maka politiknya hidup
Kuantan tak ada kedai buku maka patutlah politiknya mati
Patutlah isu Lynas pun warga disini tak sedar sedar

Baru aku faham
Perkaitan kedai buku dan budaya berpolitik

Jangan silap!!!
Aku bukan mencari buku 'Mangga' atau '10 Cara Mahu Membodek Boss'
Atau 'Bagaimana Mahu Jadi Kaya Dengan Jual Cacing'
Buku gaya begini bersepah di jalanan

Aku mencari buku Memoir Rashid Maidin
Ini semua gara Mat Sabu yang cuba menyesakkan nafsu membaca aku
Cilaka!!!

Semua tohmah dan caci kepada Komunis menyebabkan
Aku cuba mencari magis 'Rashid Maidin'

Kerana penat
Aku berhenti di tepi padang bola
Di tengah tengah perut bandar
Kelihatan seorang anak kecil sedang menyepak ke arah gol yang dikawal oleh ayahnya sendiri
Si ayah tersungkur jatuh menyelamatkan bola tapi gagal
Gollllll!!!!!!!!!!

Ini mengingatkan aku semasa kecil
Itulah cita cita aku
Ingin menjadi pemain sepak bola

Aku penyokong setia 3 pasukan
Liverpool dengan Ian Rush
Pahang dengan Azizul Kamaluddin
LKPP dengan Syukri Mustaffa

Tapi impian itu gagal
Aku ternyata manusia biasa yang tidak selaju Mokhtar Dahari atau Jairzinho
Maka jadilah aku seperti sekarang
Seorang lelaki yang terjoblos dalam politik dan pemikir kritikal ke atas partai pemerintah

Di tepi padang itu
Seorang tua berbaju batik
Duduk termenung dalam kawanan orang tua yang lain
Aku mendekat dan menghulurkan salam

Ya!!! Aku kenal orang tua ini
Dia adalah guru aku ketika di sekolah rendah
Guru agama yang yang cukup 'cool'
Kata katanya menjadi aspirasi besar untuk kami
Tapi ramai juga yang memperlekehkannya
W.A.H.I.D.U.D.I.N - Ini namanya

Peliknya dia masih mengenal diri aku yang semakin menjangak ini
Dia menanya tentang abang dan ayah aku
Gila!!! Cerdas sekali otaknya
Sedangkan aku sering lupa dimana letakkan kunci kereta

Aku pulang hampa
Buku dicari tak berjumpa
Aku harus ke Kuala Lumpur untuk mencari
Tapi aku masih bernasib baik
Masih ada dua buku yang perlu aku bereskan dalam dua minggu ini

Bandar yang aku tinggal ini
Harus menjadi kota buku
Untuk menghidupkan budaya dan politik
Jika buku paling brutal bersidai di rak hanya bertajuk 'Cara Cara Mudah Nak Naik Pangkat'
Ini bermakna kita hanya menunggu sisa sisa hidup yang tersial
Dan kota ini telah lama mati sebelum sampai tiupan Israfil

4 comments:

  1. beli on line saudara..kedai buku hitam putih

    BalasPadam
  2. lama update blog

    BalasPadam
  3. lama xupdate blog

    BalasPadam
  4. aku dah malas menulis
    ingat nak pencen saja

    kah kah kah

    BalasPadam